Wednesday, 28 November 2012

9.1 PERKHIDMATAN DAN BARANGAN YANG DITAWARKAN


9.1              PERKHIDMATAN DAN BARANGAN YANG DITAWARKAN


a)       Produk yang dipasarkan ialah Ezzy Notebook iaitu sejenis Komputer riba yang dilengkapi dengan projektor.

b)      Keluaran produk yang di pasarkan mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan keluaran syarikat elektronik yang lain kerana Ezzy Notebook menawarkan komputer rina yang dilengkapi dengan projektor yang amat jarang ditemui di mana-mana syarikat elektronik yang lain. Selain itu, produk yang akan kami tawarkan dan dan bakal dikeluarkan ini adalah dijamin selamat dan akan ditawarkan jaminan yang pasti akan menguntungkan pihak pembeli dan pengguna.

c)       Pihak kami bersedia menerima tempahan dari pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta, sekolah dan lain-lain. Yang paling istimewa syarikat kami akan sentiasa mengadakan sesi bersama para pelanggan kami atau sesiapa yang berminat bagi mengetahui tentang produk kami dengan lebih mendalam dan teliti.

d)      Kami sentiasa melayan sebarang aduan dan cadangan daripada pelanggan yang kurang berpuas hati dengan poduk keluaran syarikat kami bagi memastikan mutu dan kualiti ia sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa. Ini penting kerana syarikat kami sentiasa peka dengan kehendak pelanggan dan kami akan sentiasa memberi khidmat yang bermutu dan terbaik untuk memenuhi citarasa pelanggan yang kami hargai.







9.2              SASARAN PASARAN

Sasaran pasaran syarikat ini terdiri daripada pelanggan di seluruh Malaysia antara sasaran utama ialah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), syarikat-syarikat korporat, kementerian pendidikan dan kementerian pengajian tinggi.


a)       Pelajar IPT di Malaysia dianggarkan melebihi nilai 1 Juta. Kami menjangkakan bakal pelanggan kami terdiri daripada pelajar di pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai jurusan. Ini kerana computer riba yang akan kami tawarkan sudah pasti akan menarik minat pelaja-pelajar yang sedang menuntut di IPT.

b)      Syarikat kami juga menawarkan harga perniagaan yang akan kami jalankan adalah menawarkan harga yang berpatutan yang lebih rendah dari pesaing-pesaing kami kerana itulah strategi promosi syarikat kami untuk menarik minat hati pelanggan yang baru mengenali  syarikat kami.

c)       Syarikat kami juga menawarkan harga yang murah untuk pelanggan tetap dengan memberi potongan harga yang bersesuaian dan memberi hadiah sampingan yang lain bagi menarik minat para  pelanggan.




9.3              SAIZ PASARAN

        Saiz pasaran yang terlibat adalah meliputi keseluruhan pelajar IPT di Malaysia dan syarikat-syarikat korporat dan kementerian pelajaran, Syarikat kami akan cuba mendapatkan sekurang-kurangnya 15% syer pasaran daripada jumlah syarikat yang menjalankan perniagaan yang sama. Bagi perancangan yang awal, syarikat kami telah mengenal pasti dan membuat tinjauan untuk memastikan  segala kegiatan pemasaran syarikat ini dapat beroperasi dengan lancar, memandangkan keadaan lokasi syarikat ini terletak di kawasan yang menjadi tumpuan ramai dimana terdapat banyak agensi-agensi swasta, kerajaan, penduduk di kawasan perumahan yang berdekatan dan juga pelajar-pelajar IPT.

      Saiz pasaran untuk perniagaan syarikat ini berdasarkan kepada dua faktor iaitu jualan bulanan dan jualan tahunan,di mana pada bulan yang ke-2 terdapat jumlah pelanggan akan bertambah berbanding dengan bulan yang pertama. Kami menganggarkan saiz pasaran di perolehi bersamaan dengan seramai 50,000 orang. Pelanggan yang akan membeli di anggarkan 50 %. Saiz  pasaran kami juga berdasarkan pekerjaan penduduk sama ada sudah bekerja atau yang masih menuntut di IPT, kami menetapkan harga berdasarkan  faktor tersebut, kerana yang masih menuntut  harga boleh di runding.




9.4              PESAING-PESAING UTAMA


Terdapat beberapa syarikat pesaing yang telah lama bertapak di dalam perniagaan pembuatan barangan elektronik di kawasan pasaran yang mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Ini terletak pada pengurusan keseluruhan operasi, lokasi dan sambutan pelanggan. Berdasarkan kaji selidik yang di jalankan terdapat syarikat-syarikat yang akan berkemungkinan menjadi pesaing-pesaing utama kami.


a)      SAMSUNG
The Garden T242a Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

b)     ACER
Acer Builders Corporation SDN BHD
11, Jalan Intan 2/1,
Taman Intan,Bandar Kluang, Johor.



9.5              KEKUATAN DAN KELEMAHAN PESAING

      Pesaing adalah di antara cabaran yang utama dalam dunia perniagaan,perkara ini sememangnya tidak dapat di elakkan dalam  dunia perniagaan. Apa yang perlu di lakukan dalam dunia perniagaan ini ialah melihat dan merebut peluang yang ada, cekal melakukan penyelidikan, tinjauan serta mendapat perkhidmatan, nasihat dari pakar untuk mendapatkan pandangan bagi membantu memajukan perniagaan. Kami telah mengenal pasti antara kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada setiap pesaing-pesaing syarikat kami iaitu:-


a)      Kekuatan  pesaing-pesaing :-

                                i.            Telah lama dalam bidang perniagaan dan mempunyai modal besar.

                              ii.            Pada bila-bila masa boleh meluaskan lagi lingkungan perniagaan terutama kawasan sasaran

                            iii.            Telah lama bertapak di bidang perniagaan dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang perniagaan serta cekap mencari pasaran baru.

                            iv.            Pesaing-pesaing mempunyai ramai  pelanggan tetap dan ini juga dapat membantu mereka menguasai pasaran. Kebanyakkan pesaing mempunyai ramai kenalan di mana dapat membantu menguasai pasaran di sekitar kawasan pasaran serta mempunyai pelanggan tetap.

                              v.            Pesaing-pesaing mempunyai banyak pilihan produk yang di sediakan berbeza-beza antara satu sama lain dan ini juga membantu melariskan jualan produk masing-masing.



b)      Kelemahan-kelemahan pesaing :-

                                i.            Ada di antara pesaing-pesaing meletakkan harga yang tinggi pada sesetengah produk dan perkhidmatan mereka. Ini menyebabkan kurangnya sambutan dari pelanggan.

                              ii.            Ada pesaing menggunakan bahan-bahan yang kurang bermutu dalam menyediakan produk mereka dengan rupa yang menarik sedangkan dari segi mutu dan rasa kurang mencapai kehendak dan cita rasa pelanggan.

                            iii.            Sesetengah syarikat-syarikat pesaing kurang mengadakan promosi memandangkan mereka telah lama beroperasi menyebabkan promosi terhadap barang mereka  semakin berkurang. Keadaan ini  dapat membantu perniagaan kami menjadi lebih maju.

                            iv.            Selain daripada kelemahan yang terdapat di atas, produk  yang di tawarkan tidak begitu menarik dan di buat dari bahan yang kurang bermutu dan menyebabkan kurang mendapat sambutan daripada pelanggan.




9.6              SYER PASARAN

    Syer pasaran merupakan satu anggaran yang perlu dibuat oleh syarikat di dalam mengenal pasti bahagian (syer) pasaran yang boleh dikuasai oleh perniagaan di dalam sesuatu pasaran yang boleh dikuasai oleh perniagaan di dalam sesuatu pasaran yang diceburi. Di dalam mengenal pasti syer pasaran syarikat, kami telah mengambil kira beberapa aspek penting. Diantaranya syarikat perlu mengambil kira keseluruhan saiz pasaran dan syer pasaran bagi setiap pesaing yang terdapat di dalam industri yang sama iaitu industri pembuatan barangan elektronik.


    Ezzy Notebook merupakan produk yang akan dikeluarkan oleh syarikat kami dan produk ini merupakan komputer riba dilengkapi dengan projektor. Selain daripada syarikat ini, terdapat dua pesaing utama yang menjalankan perniagaan yang sama. Pecahan syer pasaran mengikut pesaing adalah seperti berikut:-

Pesaing A ( Samsung) : 40%
Pesaing B ( Acer)        : 60%

    Oleh kerana syarikat kami baru ingin memulakan perniagaan, maka syarikat kami belum mempunyai syer pasaran. Oleh yang demikian syarikat perlu menggangarkan beberapa syer pasaran dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan syarikat berbanding dengan pesaing. Setelah mengambil kira kesemua faktor syarikat telah menganggar syer pasaran sebanyak 15%. Pecahan syer pasaran yang baru ialah seperti berikut:-

Pesaing A ( Samsung) : 35%
Pesaing B ( Acer)        : 50%
Syarikat                      : 15%




9.7              RAMALAN KASAR JUALAN

Perkara
Prestasi Ramalan Jualan
2013

2014

Keberuntungan (RM’000)
·         Jualan
·         Belian
Untung Kasar


300 unit x rm1500
300 unit x rm 1000
RM 150 000

300 unit x rm1500
300 unit x rm 1000
RM 150 000
Ketunaian (RM)
·         Wang Tunai Masuk
·         Wang Tunai Keluar
·         Baki Tunai

RM 450 000
RM 300 000
RM 150 000

RM 450 000
RM 300 000
RM 150 000

              STRATEGI PEMASARAN


a)      Strategi Barangan

Dari segi barangan , produk kami setakat ini adalah yang terbaru yang mana belum ada mana-mana pihak menawarkan produk seperti kami iaitu notebook + projektor.  Produk ini akan diletakkan dalam kotak dan terjamin daripada mengalami kerosakan. Pembungkusan akan dilakukan secara kemas dan selamat.


b)      Strategi Promosi

Kami akan menggunakan pelbagai saluran media pengiklanan sebagai contoh melalui media cetak dan media elektronik. Selain itu, kami juga akan menyertai ekspo atau pameran yang berkaitan dengan perniagaan


c)      Strategi Harga

Dari segi harga, kami akan mengenakan harga yang berpatutan seiring dengan produk kami adalah notebook pertama yang mempunyai projector iaitu sebanyak RM2400 . Apabila pengedar mendapatkan produk kami, kami akan member harga yang lebih murah sesuai dengan hasil perbincangan kami .


d)      Strategi Edaran

Pihak kami akan pergi ke syarikat-syarikat korporat untuk memperkenalkan produk ini, seterusnya akan pergi ke pejabat-pejabat kementerian untuk mendapatkan tender sebagai pembekal produk kami kepada pejabat-pejabat kementerian. Selain itu, kami akan mencari pengedar-pengedar untuk menjual produk kami ini melalui strategi promosi dan publisiti yang akan kami lakukan.

9.0 KEWANGAN


9.0  KEWANGAN

9.1  Kos Pelaburan Projek

      Berdasarkan kepada perancangan perniagaan FIRNAAS EZZYLAPPY ENTERPRISE dan memohon pembiayaan untuk perniagaan ini. FIRNAAS ENTERPRISE telah menganggarkan kos pelaburan yang diperlukan adalah seperti berikut :


FIRNAAS EZZYLAPPY ENTERPRISE


BELANJA OPERASI :

JAWATAN
GAJI (RM)
ELAUN  (RM)
JUMLAH  (RM)
1. Pengurus

1000 × 7

Berdasarkan keuntungan

7000
JUMLAH


7000


9.2  Anggaran Perbelanjaan Operasi

BIL
PERKARA/KETERANGAN
HARGA (RM)
1
2
3
4
5
ELEKTRIK
AIR
ANSURAN  BULANAN TAPAK
TELEFON
INTERNET
500.00
150.00
3000.00
200.00
50.00

JUMLAH BESAR
3900


9.3  Anggaran Belian Stok Bahan Dan Aset Tetap
BIL
BUTIRAN
HARGA/UNIT (RM)
KUANTITI
NILAI (RM)
1
Komputer Riba Easy (+Aksesori Komputer)
1000
100
100 000.00

JUMLAH


100 000.00

BIL

JENIS/MODEL
HARGA/UNIT (RM)
KUANTITI
NILAI (RM)
1
2
3
4
5
6
7
8
LAP TOP
MEJA dan KERUSI
AIRCOND
TELEFON
MESIN FAKS
MESIN PENCETAK
ALAT TULIS
RAK KACA
2 000.00
200.00
1 500.00
300.00
300.00
1500.00

200.00
2
7
1
1
1
1

10
4 000.00
1400.00
1 500.00
300.00
300.00
1500.00
500.00
2000.00

JUMLAH
6000.00

11500.00


9.4  Kos Projek

PERKARA/MODEL
JUMLAH / RM

A)     BELANJA PERMULAAN

B)     PEMBELIAN ASET TETAP



100,000.00

11,500
 JUUMLAH KESELURUHAN
111,500.00


9.5  Sumber Pembiayaan Projek

PERKARA / MODEL
JUMLAH  (RM)
MODAL SENDIRI (RM)
PEMBIAYAAN TEKUN (RM)
A)     BELANJA PERMULAAN


B)     PEMBELIAN ASET TETAP

100,000.00



11,500.00
70000
(7X10000)


48,000.00
JUMLAH KESELURUHAN
53 326.00
-
3000



9.6  Anggaran Aliran Wang Tunai Dan Penyata Kewangan



Tahun Kedua


  

PENUTUP

Berdasarkan tujuan dan objektif yang kami nyatakan di dalam kertas kerja ini, kami yakin yang pihak kami akan mampu dan berjaya dalam menjalankan perniagaan berasaskan produk terbaru komputer riba iaitu “Ezzylappy”.

“Ezzylappy” ini merupakan sebuah produk komputer riba yang dilengkapi dengan projektor pasang siap. Tujuannya adalah untuk memudahkan urusan para pelanggan seperti golongan professional, penggunaan oleh para pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta terutamanya dalam aktiviti pembentangan di dalam kuliah dan sebagainya.

Tambahan lagi, keluaran produk komputer riba ini memenuhi tuntutan teknologi yang semakin berkembang di alaf ini. Oleh itu, komputer riba ini menepati ciri-ciri teknologi terkini. Kami berharap, idea untuk memasarkan produk ini akan mendapat sambutan yang luas daripada semua pihak dan akan terus berkembang dan berinovasi pada masa akan datang.