Wednesday, 28 November 2012

STRUKTUR DAN ORGANISASI


STRUKTUR DAN ORGANISASI

Struktur organisasi yang dibentuk oleh peniagaan adalah merangkumi peringkat atasan hingga bawahan. Secara keseluruhan, struktur organisasi bagi syarikat adalah seperti berikut:



7.1  CARTA ORGANISASI  FIRNAAS EZZYLAPPY



              

7.2  FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

Fungsi dan tanggungjawab yang telah ditentukan adalah bagi melicinkan dan melancarkan perjalanan sesebuah syarikat.

No.
Jawatan/Petugas
Tugas/Tanggungjawab
01
Pengurus Pentadbiran
·         Rabiatutadawiyah Binti Amir
Ø  Mengurus perjalanan dan aktiviti syarikat.
Ø  Mengurus pentadbiran, kewangan dan pemasaran.
Ø  Menyediakan anggaran perbelanjaan dan penerimaan serta mengawal alir masuk keluar wang tunai.

02
Juru Teknik
·         Nur Adilah Binti Dzulkarnain
·         Nur Farehah Binti Matsin
Ø  Menentukan jumlah, jenis dan mengawal produk.
Ø  Menyediakan laporan terkini laptop yang dilakukan dan laporan keluar masuk pembelian barang.
Ø  Memastikan bahan mentah mencukupi.

03
Pengurus Pemasaran
·         Nur Suhaidah Binti Rahman
·         Nur Izzah Abdullah Saidi

Ø  Melaksanakan urusan pejabat termasuk kemaskini semua  rekod pejabat.
Ø  Mengambil dan merekod pesanan.
04
Pengurus Pekerja
·         Nur Muthmainnah Binti Rudi
·         Nur Azura Binti Mansur
Ø  Memperkenalkan dan mempelbagaikan keluaran produk sedia ada
Ø  Menjalankan urusan pengangkutan yang berkaitan dengan perniagaan.
Ø  Memantau lokasi yang sesuai bagi tujuan mencari pasaran baru



Jawatan
Bil Pekerja
Upah Bulanan
(RM)
KWSP (10%)
(RM)
PERKESO (2%)
(RM)
JUMLAH
(RM)
Pengurus
1
1800
180
36
2016
Juru Teknik
2
1200 x 2
120 x 2
24 x 2
2976
Pengurus Pemasaran
2
1200 x 2
120 x 2
24 x 2
2976
Pekerja
2
950 x 2
95 x 2
19 x 2
2128


7.3 KEPERLUAN PEJABAT

No.
Perkara
Jumlah
01
Alatan Pejabat
RM 1000
02
Perabot
RM 1000
03
Kelengkapan
RM 10 000

Jumlah keseluruhan
RM 12 000




7.4 PERBELANJAAN PENTADBIRAN

Jenis Perbelanjaan
Sebulan
Setahun
1) Aset bukan semasa
·         Alatan pejabat
·         Perabot
·         Kelengkapan
·         Papan Tanda


RM 1000

RM 1000

RM 10 000

RM 250
Lain-lain perbelanjaan
·         Bil Elektrik dan Air
·         Bil Telefon
·         Bil Internet
·         Kadar bayaran
·         Gaji pengurus
·         Gaji juruteknik
·         Pengurus Pemasaran pekerja
·         Pendaftaran perniagaan
·         Lesen perniagaan
·         Risalah
·         Petrol
·         Kad perniagaan

RM250

RM3000
RM300
RM3600
RM100
RM1200
RM300
RM 3600.00
RM1800
RM 21600.00
RM 2400.00 (RM1200 x 2 )
RM 28800.00
RM 2400.00 (RM1200 x 2 )
RM 28800.00
RM 1900.00(RM950 x 2)
RM22800.00

RM 1300.00

RM 1000.0

RM 450.00
RM 250.00
RM 3000.00

RM 200.00
Jumlah Keseluruhan

RM 131600.00




7.5 STRATEGI PENGURUSAN


Antara strategi pengurusan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

*     Menerap semangat kerja berpasukan di antara para pekerja demi kebaikan bersama.

*     Mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk pihak pengurusan dan perlaksanaan dalam memberi pendapat atau cadangan bagi mempertingkatkan produktiviti.

*     Memberi imbuhan kepada pekerja sebagai dorongan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

*     Mengikuti latihan iktisas lanjutan seperti kursus-kursus yang berkaitan untuk mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang elektronik berupa computer riba.

*     Memberi nasihat dan bimbingan kepada semua yang terlibat supaya sentiasa menumpukan perhatian terhadap perkhidmatan mesra pelanggan yang cemerlang. 

*     Menerapkan budaya dan etika kerja yang baik dan mengamalkan nilai murni dalam diri  setiap yang terlibat dengan perniagaan ini.

8.0 RANCANGAN OPERASI


8.0 RANCANGAN OPERASI
      Oleh kerana syarikat kami mendapat bekalan barang siap daripada Syarikat Komputer Riba ASUS, maka segala rancangan operasi seratus – peratus di bawah pengurusan syarikat tersebut. Kami hanya membayar kos operasi dan kos-kos yang telah dipersetujui bersama. Di bawah merupakan kontrak yang telah kami persetujui  dengan Syarikat Komputer Riba ASUS.




KONTRAK PERJANJIAN ANTARA SYARIKAT KOMPUTER RIBA ASUS DAN SYARIKAT FIRNAAS EASYLAPPY SDN.BHD


1)       Syarikat FIRNAAS ENTERPRISE akan membiayai semua kos operasi yang melibatkan kos pengeluaran EZZYLAPPY seperti kos tenaga kerja, kos mesin/peralatan, kos overhead operasi dan perbelanjaan operasi.

2)      Syarikat Komputer Riba ASUS tidak dibenarkan untuk menghasilkan EZZYLAPPY yang serupa atau meniru idea dari Syarikat FIRNAAS ENTERPRISE untuk kegunaan sendiri atau syarikat-syarikat yang lain.

3)      Selain daripada kos-kos yang disebutkan, Syarikat FIRNAAS ENTERPRISE tidak akan membiayai kos-kos yang selainnya.

4)       Syarikat FIRNAAS ENTERPRISE berhak membuat tuntutan gantirugi sekiranya terbukti terdapat kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh Syarikat Komputer Riba ASUS.

5)       Kos pengangkutan akan ditanggung oleh Syarikat FIRNAAS ENTERPRISE untuk mengambil barang siap daripada Syarikat Komputer Riba ASUS.

6)       Segala hasil jualan adalah milik Syarikat FIRNAAS ENTERPRISE Namun begitu, sekiranya keuntungan melebihi  50%, Syarikat FIRNAAS ENTERPRISE akan memberikan bonus kepada Syarikat Komputer Riba ASUS sebanyak 20%.

7)       Jika berlaku sebarang pelanggaran kontrak, pihak yang berkenaan berhak menuntut gantirugi yang dikira munasabah.

8)      Kontrak ini sah untuk tempoh 5 tahun akan datang iaitu sehingga tahun 31 Disember 2017. Sebarang penyambungan kontrak bergantung kepada budi bicara setiap syarikat sama ada Syarikat FIRNAAS ENTERPRISE atau Syarikat Komputer Riba ASUS.


Sebarang pembatalan kontrak adalah tidak dibenarkan melainkan dengan persetujuan atau syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak yang berkenaan.