Wednesday, 28 November 2012

TUJUAN KERTAS KERJA


2.0TUJUAN KERTAS KERJA

      Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan segala perancangan perniagaan yang telah dirangka bagi menjalankan perniagaan. Melalui kertas kerja ini segala aspek perkhidmatan, pengurusan, pemasaran, dan kewangan akan diterangkan dengan jelas seterusnya memohon pinjaman  daripada Bank ISLAM  berjumlah RM 48,000.00 (Empat Puluh Lapan Ribu  Ringgit Malaysia sahaja ) .

      Tempoh pembiayaan kewangan adalah ditetapkan selama 2 tahun 1 bulan dan syarikat FIRNAAS EZZYLAPPY ENTERPRISE turut memohon tempoh bernafas selama 3 bulan. Daripada tempoh tersebut, pembayaran akan dilakukan secara ansuran mengikut pendapatan termasuk keuntungan yang diterima oleh syarikat.

Pengiraan Pembiayaan:

Nilai Pembiayaan                     : RM 48 000
Jumlah Pembiayaan                  : RM 48 000
Bayaran Balik Bulanan              : RM 2000
Tempoh Bayaran                      :  24 Bulan ( 2 Tahun )

Nota : Pengiraan keuntungan pembiayaan kewangan adalah menggunakan Kaedah Garis Lurus bagi memudahkan penyediaan Anggaran Aliran Tunai dan anggaran bayaran balik pembiayaan. Bayaran bulanan sebenar adalah lebih kecil jika menggunakan kaedah baki berkurangan.

No comments:

Post a Comment