Wednesday, 28 November 2012

2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan                     :  FIRNAAS EZZYLAPPY ENTERPRISE
Alamat Berdaftar                      :  Cyberjaya,Putrajaya
Alamat Operasi / Kedai            :  Cyberjaya,Putrajaya
No. Daftar Perniagaan             :  Belum didaftarkan
Tarikh Pendaftaran                   :  Januari 2013 (Secepat mungkin)
Aktiviti Perniagaan                  :  Pengeluaran komputer riba beserta projektor ( 2 dalam 1).
Bentuk Perniagaan                   :  Perkongsian
Modal Permulaan                    :  RM 111,500.00
Bank                                         :  Bank Islam


3.1  SKOP PERNIAGAAN

3.1.1  Aktiviti Perniagaan :

      Di antara aktiviti perniagaan utama yang dijalankan oleh FIRNAAS EZZYLAPPY ENTERPRISE. ialah pengeluaran produk Komputer riba beserta projektor yang telah dipasang siap. Antara perkara yang berkaitan dengannya adalah proses mengeluarkan produk komputer yang baru dan mempunyai reka bentuk yang tersendiri. Proses perniagaan berlaku dengan bekerjasama dengan Syarikat Samsung.


3.1.2 Perkhidmatan Utama :

3.1.2.0. Membaiki dan menyenggelara Komputer
3.1.2.1. Menformat dan menyemak virus


3.1.3 Potensi Perniagaan :

     Berdasarkan kepada analisa serta kajian pasaran yang telah dibuat perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang maju di sekitar 10% hingga 20% setahun. FIRNAAS EZZYLAPPY ENTERPRISE akan memastikan perkhidmatan yang ditawarkan berada ditahap yang memuaskan hati pelanggan, faktor-faktor berikut juga menyumbang kepada perkembangan secara positif.

i.   Lokasi syarikat yang terletak dikawasan yang strategik dan mudah dikunjungi pelanggan.
ii.  Kedudukan di Kawasan Perindustrian, dan perkampungan persekitaran.
iii. Terdapatnya pembukaan taman-taman baru yang akan meningkatkan lagi saiz pasaran.

Memandangkan kepada ekonomi Negara yang berkembang secara positif turut menyumbang kepada potensi perkembangan syarikat FIRNAAS EZZYLAPPY ENTERPRISE.

No comments:

Post a Comment