8.0
RANCANGAN OPERASI
Oleh kerana syarikat kami mendapat
bekalan barang siap daripada Syarikat Komputer Riba ASUS, maka segala rancangan
operasi seratus – peratus di bawah pengurusan syarikat tersebut. Kami hanya
membayar kos operasi dan kos-kos yang telah dipersetujui bersama. Di bawah
merupakan kontrak yang telah kami persetujui
dengan Syarikat Komputer Riba ASUS.
KONTRAK PERJANJIAN ANTARA SYARIKAT
KOMPUTER RIBA ASUS DAN SYARIKAT FIRNAAS EASYLAPPY SDN.BHD
1)
Syarikat
FIRNAAS ENTERPRISE akan membiayai
semua kos operasi yang melibatkan kos pengeluaran EZZYLAPPY seperti kos tenaga
kerja, kos mesin/peralatan, kos overhead operasi dan perbelanjaan operasi.
2)
Syarikat Komputer Riba ASUS tidak
dibenarkan untuk menghasilkan EZZYLAPPY yang serupa atau meniru idea dari
Syarikat FIRNAAS ENTERPRISE untuk
kegunaan sendiri atau syarikat-syarikat yang lain.
3)
Selain daripada kos-kos yang
disebutkan, Syarikat FIRNAAS ENTERPRISE tidak akan
membiayai kos-kos yang selainnya.
4)
Syarikat FIRNAAS
ENTERPRISE berhak membuat tuntutan gantirugi sekiranya terbukti terdapat
kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh Syarikat Komputer Riba ASUS.
5)
Kos pengangkutan akan ditanggung oleh Syarikat FIRNAAS ENTERPRISE untuk mengambil barang
siap daripada Syarikat Komputer Riba ASUS.
6)
Segala hasil jualan adalah milik Syarikat FIRNAAS ENTERPRISE Namun begitu, sekiranya
keuntungan melebihi 50%, Syarikat FIRNAAS ENTERPRISE akan memberikan bonus
kepada Syarikat Komputer Riba ASUS sebanyak 20%.
7)
Jika berlaku sebarang pelanggaran kontrak, pihak yang
berkenaan berhak menuntut gantirugi yang dikira munasabah.
8)
Kontrak ini sah untuk tempoh 5
tahun akan datang iaitu sehingga tahun 31 Disember 2017. Sebarang penyambungan
kontrak bergantung kepada budi bicara setiap syarikat sama ada Syarikat FIRNAAS ENTERPRISE atau Syarikat
Komputer Riba ASUS.
Sebarang
pembatalan kontrak adalah tidak dibenarkan melainkan dengan persetujuan atau
syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak yang berkenaan.
No comments:
Post a Comment